Category: 1


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun kearah menjadi sebuah Negara perindustrian. Terdapat banyak prasarana dan infrastruktur sedang dibangunkan oleh kerajaan dalam memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Di dalam Negara Malaysia terdapat tiga kaum yang terbesar iaitu melayu, cina dan India. Tiga kaum ini memberi peranan yang amat besar dalam aspek pembangunan Negara kerana dengan adanya kerjasama yang baik daripada golongan ini memudahkan kerajaan untuk memimpin Negara kearah kemajuan dari sudut ekonomi dan sosial. Dalam era globalisasi ini perlu ada satu perubahan dalam menjana minda masyarakat supaya masyarakat hari ini tidak ketinggalan zaman dan hidup dengan selesa tanpa ada gangguan dan perpecahan kaum sesama sendiri. Oleh sebab itu, satu pendekatan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Bin Abd Razak iaitu konsep Satu Malaysia dengan slogannya Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan 

  Gagasan Satu Malaysia ini boleh dimaksudkan dengan cara berfikir, berdiri dan bertindak sebagai bangsa malaysia serta mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara ini. Ianya tidak bererti kerajaan akan mengenepikan dasar afirmatif iaitu dasar untuk menolong kaum bumiputra asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan bijaksana. Oleh sebab itu, terdapat empat perkara yang penting dalam menjayakan konsep Satu Malaysia ini iaitu integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Empat perkara ini akan menjadi satu teras yang utama kepada kerajaan dalam memastikan semua rakyat dapat mengecapi kehidupan aman dan harmoni.

Sejarah telah terbukti pada zaman pemerintahan nabi Muhammad saw di Madinah, baginda telah berlaku adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama. Semasa pemerintahan beginda, kebajikan orang bukan islam dan islam dijaga bersama-sama. Oleh itu, perpaduan antara orang bukan islam dan orang islam menjadi akrab. Justeru itu, perpaduan antara kaum boleh diwujudkan dengan adanya strategi dan pendekatan yang baik dan bijaksana dalam sistem pemerintahan sesebuah Negara. Firman Allah taala :

103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan merupakan satu perkara penting dalam islam kerana dengan adanya perpaduan, manusia akan berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera. Selain itu juga, elakkan daripada berpecah belah kerana ianya akan membawa kepada kerugian kepada bangsa dan Negara. Oleh itu, perpaduan perlu disemat di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan tenteram tanpa ada pergaduhan antara kaum.

Selain itu juga, beberapa faktor perlu dititikberatkan oleh kerajaan dalam memastikan kejayaan dalam melahirkan bangsa satu Malaysia. Faktor yang pertama dari segi ekonomi. Ekonomi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan ekonomi rakyat dengan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Langkah-langkah sebegini bukan sahaja dapat menyatupadukan rakyat dengan kerajaan malah dapat meningkatkan ekonomi Negara.Hari ini kerajaan yang dipimpin oleh perdana menteri Dato’ Seri Najib telah mengambil beberapa langkah seperti mewujudkan satu pakej rasangan ekonomi. Dari situ, banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu juga kerajaan sedia membantu rakyatnya dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan sebagainya. sesungguhnya islam menggalakkan umatnya supaya saling bantu membantu antara satu sama lain dalam perkara kebaikan dan menolak daripada memberi bantuan dalam perkara kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah swt sebagaimana firmanNya :

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya siksaan Allah amatlah berat.

Gagasan Satu Malaysia memberi kesan yang positif kepada rakyat sekiranya pelaksanaannya berjalan dengan lancar tetapi ianya boleh menjadi negatif apabila tiada usaha daripada masyarakat yang inginkan kepada perubahan. Antara kesan positif yang boleh dilihat iaitu setiap kaum akan merasai keamanan dan bebas daripada segala ancaman. Selain itu juga, ianya memberi kesan kepada peningkatan ekonomi kepada Negara dan masyarakat. Manakala kesan negatif ekoran daripada rakyat yang tidak mahu kepada perubahan yang baik iaitu menjejaskan hubungan masyarakat. Apabila hubungan masyarakat tidak baik maka terdapat jurang pemisah yang boleh merosakkan hubungan antara masyarakat. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh kerajaan supaya rakyat pada hari ini tidak mengamalkan konsep asabiah iaitu konsep berkumpulan contohnya bangsa melayu dengan melayu, cina dengan cina dan seterusnya. Konsep asabiah ini menunjukkan banyak kelemahan yang akan dihadapi kelak kerana tiada kerjasama antara setiap kaum. Sesungguhnya islam ini merupakan agama yang bersih dan suci. Ianya menitikberatkan kepada perkenalan antara kaum supaya dapat menjalinkan satu ikatan yang akrab sesama mereka. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13 :

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Kesimpulannya, Gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri merupakan satu perkara yang baik dan perlu diteruskan oleh generasi yang akan datang. Gagasan ini banyak memberi kesan yang positif kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Konsep Satu Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” akan menjadi teras utama kepada kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan boleh menyumbangkan bakti kepada Negara yang tercinta ini.

1. Pandai membahagikan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
2. Mendisiplinkan diri
a) Belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain
b) Membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain
c) Membuat keputusan sendiri tanpa mengira pendapat orang lain
3. Bersikap suka bertanya, jika terdapat sesuatu yang tidak tahu
4. Tidak berasa segan silu, semasa membuat kesalahan ketika belajar sesuatu yang baru
5. Tidak melakukan kesalahan yang sama
6. Selalu memohon doa kepada Allah supaya apa yang dikerjakan mendapat berkat dan manfaatnya
7. Tidak meningggalkan solat 5 waktu sehari semalam
8. Melakukan solat-solat sunat seperti solat hajat, tahajud, taubah dan sebagainya
9. Ringan tulang dan suka membantu orang yang menghadapi kesusahan
10. Suka memberi sedekah
11. Menjauhkan daripada melakukan maksiat kepada Allah
12. Selalu meminta maaf kepada kedua ibubapa
13. Digalakkan supaya peluk dan cium kepada ibubapa supaya kasih sayang akan terpaut di dalam jiwa.